Thursday, December 22, 2011

Thursday, December 8, 2011

What men want?

1. Disayangi semua orang terutamanya kedua ibu bapa
2. Ingin membalas jasa ibu bapa
3. Isteri solehah (Menurut Ustaz Kazim Elias,
seorang suami itu akan mendapat dunia jika dia dapat seorang isteri solehah)

2. Hidup senang tanpa hutang (kaya).
3. Anak-anak yang soleh selehah (Mendengar kata).
4. Rumah yang selesa (berlainan dengan wanita yang nak serba serbinya cantik)
5. Sahabat-sahabat yang baik dan boleh diharap bila susah.
6. Kereta yang best :)
7. Gadjet ( handphone, laptop dsb ) yang power.
8. Persekitaran kerja yang harmoni ( takde kutuk mengutuk, kipas mengipas,
tikam belakang dsb).
9. Dapat membimbing orang lain.
10. Jiran dan masyarakat yang baik serta harmoni.

Di atas cuma sedikit dari apa yang lelaki mahukan dalam hidup ini supaya dia akan berasa tenang dan aman. No.3 tu perkara yang sangat dimahukan oleh seorang lelaki kerana hidup berumah tangga ni kalau boleh nak sampai ke akhir hayat.

Wednesday, December 7, 2011

Belajar sambil bekerja


Bila dan belajar sambil bekerja ni terasa berat otak nak menerima apa yang dibaca. Walau macam mana pun kena teruskan jugak sebab itu jalan yang dipilih. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang individu itu sambung belajar.

Sebab 1
Cita-cita dari kecik
Sebab 2
Menambah koleksi degree / master /PHD
Sebab 3
Menambah pendapatan khususnya bagi cikgu-cikgu sekolah yang masih belum ada degree . Dengan adanya degree maka gred gaji pun naiklah. Malangnya bagi cikgu yang sambung master/PHD tiada kenaikan gaji yang diharapkan. ( Bagus bagi suami untuk menambah pendapatan keluarga)
Sebab 4
Nak menunjuk-nunjuk dengan orang ramai bahawa dia ada degree/ master /PHD.
Sebab 5
Terpaksa. Kalau tak sambung takkan naik pangkat khusunya bagi pensyarah universiti.
Sebab terakhir dan kurang popular
Menambah ilmu pengetahuan sedia ada ( Maaflah kalau saya silap . Semua sebab ni hanyalah pendapat peribadi saya )

Pengorbanan amatlah ditagih bila kita sambung belajar ni khususnya dari segi masa dan wang ringgit (kecuali bagi yang dapat cuti belajar plus biasiswa). Masa dengan isteri dan anak-anak menjadi kurang dek kerana habis masa buat assignment dan tesis. Bagi yang prihatin, mereka akan mula membuat tugasan selepas pukul 12 malam selepas anak dan isteri dah masuk tido. Tapi maklum sajalah bila dan mula lewat malam habis pun lewatlah. Besoknya nak pi keja pulak. Mulalah mengantuk dekat ofis. Bila mengantuk produktiviti bekerja pun turut berkurang. Patut ke macam tu? Sudah pastilah tak patut sebab kita mencari rezeki halal dengan bekerja. Sambung belajar itu pilihan kita sendiri. Tak berkatlah duit gaji yang kita dapat tu kalau asyik mengantuk je datang kerja.
Kesimpulannya, rancanglah betul-betul apa yang hendak kita buat. Jangan seperti kata peribahasa yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran. Niat tu kena betul supaya output nya pun akan berkesan dan berkat. Selamat belajar..:)

Sunday, December 4, 2011

fuhhhh! lawa sungguh



Kebetulan dekat plus highway pagi tadi terserempak dengan audi R8. Punyala lawa.Punyala laju dan yang pasti punyala mahai. Keja apa la tuan punya keta tu.Setakat tengok jelah...:)

Thursday, December 1, 2011

Ya Tayba

Lagu yang sangat menyentuh hati dan perasaan.
Teringin rasa nak mengunjungi Kaabah.
InsyAllah suatu hari nanti, kita semua dapat mengerjakan Haji, Amin.

Wednesday, November 30, 2011

Selamatkah transaksi internet anda?

Cam mana? Selalu buat transaksi melalui internet?transfer duit guna Mybank 2u, bayar bil guna cimb clicks?
Di zaman serba serbinya canggih manggih transaksi internet sudah menjadi biasa dikalangan kita. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa malah dapat menjimatkan duit minyak dan pening memikirkan traffic jem. Malah kadang2 berebut untuk mendapatkan parking semata mata untuk urusan yang tak sampai 15 minit. Baguskan ada kemudahan seperti ni? Tapi kita harus ingat adakah selamat transaksi sebegini? Insyallah selamat tapi kita tetap kena beringat. Seboleh bolehnya jangan gunakan wireless semasa membuat transaksi. Ini kerana wireless ini berfungsi sebagai hub kepada internet yang mana segala urusan kita itu dapat dilihat oleh orang lain kalau kena dengan cara dan kaedahnya. Cara inilah yang selalu digunakan oleh hackers untuk mencuri maklumat peribadi kita khususnya password dan username. Dengan menggunakan perisian seperti wireshark, scapy dengan sekelip mata saja password kita boleh di hacked oleh mereka. Jadi salah satu cara untuk mengurangkan peratusan di hack, gunakanlah internet yang disambung melalui cable kerana ia masih lagi berfungsi sebagai switch instead of hub macam wireless. Cara ini lebih selamat. Maybank 2u contohnya menggunakan url yang bermula dengan https instead of http macam sesetengah website lain. Jika pangkal https maka segala maklumat telah di encrypt. Jadi hackers ni pening kepala nak decrypt balik kod kod tadi. Maka ia jauh lebih selamat.
Walau apa pun transaksi yang menggunakan internet, ia tetap ada peratusan untuk di hack oleh hackers. Sebagai pengguna apa yang kita boleh buat adalah berhati2 dengan setiap transaksi yang kita buat. Jangan lupa logout bila dah masuk akaun. Kadang perkara2 sebegini kita ambil mudah tapi kesan yang bakal kita terima sangat besar. Silap aribulan abis duit dalam bank. Kalau anda betul2 nak selamat, jalan yang paling mudah cabut cable dan guna kaedah manual. Habis citer..:)

Sunday, November 13, 2011

My Precious


Cehhh.....posing hansem...:)


Cam ustaz..tengah baca Quran


Bakal doktor...


Merengek nak ultraman


Bangun tidoq teruih melukis



Lukis lagi...:)

Thursday, November 10, 2011

Tenangkan hati dengan berzikir




Cukuplah bagiku dengan redha ibu,
Sempurnalah aku dengan sayang ayah,
Ohh ibu,
Engkaulah penawar,
Ohh ayah,
Kau perawat luka.

Pengalaman mematangkan fikiran


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di pagi Khamis yang cerah lagi indah, bersyukur masih dipanjangkan usia bagi menikmati hidup sebagai hamba yang sangat kerdil lagi hina ini. Kesempatan sementara yang dikurniakan ini seboleh-bolehnya dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi mencapai hidup yang diredhai dunia dan akhirat. Bagaimana untuk mencapai kehidupan yang sebegitu indah dan sempurna? Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sering kali kita impikan ketenangan dan keamanan di dalam kehidupan ini. Namun cuma segelintir dari kita yang mengambil tindakan yang sewajarnya ke arah tranformasi diri sendiri. Kesukaran untuk tidur, selera makan yang tidak menentu, tidak bersemangat untuk bekerja adalah di antara contoh gejala yang biasa kita hadapi apabila tiada ketenangan dalam diri.

Keadaan yang boleh dianggap kronik ini mestilah ditangani dengan segera dan sebaik mungkin agar ia tidak berlarutan dan membawa kesan jangka masa panjang.Bagi seseorang yang telah berumur 31 tahun contohnya. Seharusnya dia sudah boleh mengagak dan mengenalpasti apa yang dia mahukan di dalam hidup ini bagi merawat sakit kronik yang dinyatakan di atas tadi.Pengalaman hidup selama 31 tahun sepatutnya digunakan dengan optimum bagi mangatasi masalah-masalah yang sentiasa bermain di benak fikirannya. Pengalaman sepatutnya boleh mematangkan fikiran kita dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang selalu menganggu kehidupan seharian kita. Janganlah kita terlalu taksub dan ego dengan kepercayaan diri yang telah lama bersarang di dalam diri kita. Tidak salah jika kita belajar mendengar nasihat dan pandangan orang lain bagi memperbaiki diri kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa payah untuk dikunyah dan pahit untuk ditelan. Namun jika ianya boleh dan dapat membantu kita tidak salah jika kita cuba dan terus mencuba.

Saya doakan agar kita semua beroleh apa yang kita hajati dan impikan di dalam kehidupan yang amat sementara ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan dari Yang Esa dunia dan akhirat.

Monday, October 24, 2011

Dugaan

Dalam hidup ni, kita takkan dapat lari dari dugaan dan cabaran hidup.Ia datang dalam pelbagai bentuk. Sebagai manusia biasa, kadang kita rasa stress yang amat sangat di sebabkan dugaan yang datang. Bukannya nak mengeluh tetapi kadang sampai tak tertahan dek kerana dugaan yang amat mencabar.Contoh yang paling dekat dengan kita dugaan dalam kehidupan seharian seperti di tempat kerja, hubungan kita dengan orang lain, dugaan dari segi kewangan, rumahtangga (jika sudah berkahwin)dan banyak lagi bentuk dugaan lain. Kesabaran dan ketenangan mungkin jalan yang terbaik untuk kita lepasi dari dugaan-dugaan tadi.Jangan kita mudah berputus asa disebabkan dugaan yang datang kepada kita. Seperti lirik lagu Insyallah, Maher zain.

"Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side"

Allah sentiasa bersama kita. Jadi disamping kita cari jalan penyelesaian kepada masalah, dugaan dan cabaran yang datang, berdoalah bersungguh-sungguh.Moga-moga kita berjaya mengatasinya dengan cara yang terbaik dan mendapat restu dari Allah. Amin..

Sunday, October 16, 2011

Al-Fatihah

Tanggal5 hb Oktober 2011 pada pukul 5.15 pagi, tokwan tersayang Hj Ali Bin Hj Said telah kembali ke pangkuan Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh.Amin. Al-fatihah.

Tuesday, October 11, 2011

Rindu

Rindu adalah satu anugerah yang Tuhan berikan kepada kita. Namun yang demikian adakah rindu kita itu kena pada tempatnya atau ia hanyalah rindu yang akhirnya akan tiris dan hilang begitu saja? Anda saja yang mampu menjawabnya..Bagi ku, aku sangat rindu akan telatah dan tingkahlaku tokwan suatu masa dulu. Kerenahnya yang kerap kali menimbulkan rasa kecik hati kerana di marahi dan kadang2 sangat menyenangkan hati kerana memberikan sesuatu yang tidak pernah ku bayangkan dalam hidup ini, kasih sayang. kasih sayang seorang datuk tetapi kini tokwan hanya mampu terbaring di atas tilam dalam keadaan yang sangat tidak sihat.Kini hanya bacaan Yassin dan ayat suci Al-Quran sahaja berkumandang di dalam rumah tokwan. Tapi aku harus terima dan redha keadaan itu kerana Allah sudah berjanji bahawa setiap yang hidup itu pasti akan kembali ke tempat asalnya dan pasti kembali kepadaNya.

Aku sangat bangga dengan kehadiran tokwan dalam hidup ini. Banyak memberikan nasihat dan pedoman tapi kadang2 rasa masih tidak cukup jasa ku kepada beliau. Aku redha dengan semua ketentuan Ilahi. Jika Allah takdirkan tokwan pergi dalam masa terdekat ini aku redha kerana aku kesian melihat keadaan tokwan begitu dan begitu juga sebaliknya jika Allah memberikan kesihatan seperti sediakala aku bersyukur kepadaNya.Pernah suatu ketika dulu ketika tok dalam keadaan yang sama aku rasa sangat berdosa kerana tidak dapat berada di sisinya sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.dan kini tokwan, insyallah aku akan cuba sedaya upaya berada di sisinya dengan membacakan ayat suci Al-Quran.Moga-moga hatinya tenang dan aman walaupun tokwan dalam keadaan yang sakit.

Aku masih ingat ketika aku ingin berangkat ke kuala lumpur untuk mengikuti matrikulasi pada tahun 1998, tokwan peluk aku sekuat-kuatnya dan menangis kerana tok baru saja pergi dan aku pula ingin meninggalkan beliau. Sepanjang jalan di dalam kereta chu aku menangis menahan sebak yang sangat mengingatkan arwah tok dan mengenangkan tokwan di rumah. dan ketika ini aku sangat sedih melihat keadaan tokwan yang terlantar sakit.Aku berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan untuk tokwan. Walaupun aku sukar untuk menzahirkan dengan perbuatan dan perkataan tapi jauh di sudut hati ini aku sangat rindu akan tokwan dan amat menyayangi tokwan.

Ingatlah wahai saudara-saudari sekalian, berbaktilah kepada mereka yang anda sayangi selagi masih sempat. Allah itu Maha Mengetahui di atas segala yang berlaku di atas muka bumi ini. Jangan menyesal di kemudian hari dan jika waktu itu terjadi maka hanyalah air mata yang bakal menjadi teman. Jika tidak dapat menzahirkan dengan perbuatan dan perkataan, cukuplah dengan menjaga hati dan berdoa untuk mereka yang anda rindukan.

Thursday, September 29, 2011

Cinta yang SATU

Cinta ibarat nadi dalam hidup manusia yang sering dipengaruhi oleh nafsu dan godaan.Tapi kadang kala cinta datang tanpa diundang jauh sekali dirancang. Kita boleh terima cinta tetapi adakah cinta itu akan kekal sebegitu sehingga akhir hayat kita. Mungkin ya mungkin tidak. Cinta suami isteri contohnya, hanya akan bertahan lama jika pasangan suami isteri tahu akan tanggungjawab dan tugas masing-masing, taat kepada Allah dan Rasul dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.Ayat "dulu lain sekarang lain" itu sering terpacul dari mulut isteri mahupun si suami kerana perubahan ketara dari segi perangai,layanan, kelakuan dan sebagainya yang mana dulunya semua indah belaka tanpa cacat cela. Bukan tidak ada pasangan yang bahgia dan aman sampai ke akhirnya tetapi kenapa lebih ramai pasangan memilih untuk berpisah dan membina haluan masing-masing.Semuanya berbalik kepada soal hati dan perasaan. Hidup mereka lebih berpaksikan kepada nafsu amarah dan dendam yang membara. Kita mesti ingat bahawa tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Hanya yang perlu ialah kesabaran dan kehendak untuk menyelesaikannya.

Walau di mana pun kita berada, apa jua keadaan kita , jika hati ini taat dan faham maksud cinta, ia akan terus subur dalam hati tanpa disuruh dan dipaksa. Ingatlah sesuatu yang jujur dan ikhlas itu pasti akan kekal subur selama-lamanya. Cinta yg SATU adalah cinta segala-galanya. Cinta kepada Yang Esa. Ia tidak akan usang, luput , hilang, terhakis, lama sampai bila-bila. Sebab itulah kita sebagai seorang muslim wajib mengenal,kasih dan sayang kepada Allah kerana cinta Allah tidak akan habis dan Allah tidak akan mengabaikan kita jika kita tulus ikhlas menyintaiNya.Tidak seperti cinta sesama manusia yang sering berubah-rubah dan kadang kala melompat dari satu tempat ke tempat yang lain hanya kerana kepentingan nafsu semata mata.

Tuesday, September 27, 2011

Sakit itu Penghapus Dosa

Setiap dari kita tidak usang dari melakukan dosa. Hanya Rasulullah S.A.W yang bersifat 'maksum' terhindar dari melakukan dosa. Namun yang demikian adakah kita sedar dan insaf di atas dosa yang telah kita lakukan.Memang tidak dinafikan perkara-perkara yang dilarang itu sangat enak dan senang dilakukan tetapi adakah ia akan berakhir di situ sahaja. Sudah pasti jawapannya tidak kerana kita akan ulang,ulang dan ulang sehinggalah di satu masa yang hanya kita sahaja yang boleh memberhentikannya. Mungkin di atas sebab mendapat 'hidayah' dari Allah atau mungkin kerana kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga kita insaf dan tidak mengulangi perkara tersebut. Salah satu ujian yang sering diuji oleh Allah ialah SAKIT.

Alhamdulillah sebenarnya sakit bukan hanya sekadar tubuh badan kita berasa sakit dan tidak bermaya namun yang lebih penting sakit juga adalah dugaan dan penghapus dosa-dosa kecil kita, InsyAllah. Jadi sebagai muslim yang beriman, wahai muslimin dan muslimat sekalian sabarlah apabila kamu diuji dengan ujian sakit.Terimalah ujian ini dengan tenang dan ingatlah pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi. Jangan kita cepat berputus asa dan cepat menyalahkan sesiapa sahaja kerana sebenarnya ia adalah ujian dari Allah dan kita patut bersyukur kerana Allah telah memilih kita.

Beban Tugas

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tidak online tiba-tiba hari ini tergerak hati nak mencoret satu dua perenggan dalam blog ni. Teringat kata-kata seorang ustaz lama dulu berkaitan dengan beban tugas dan tanggungjawab.Sering kali guru-guru khasnya merungut tentang bebanan tugas yang mereka perlu hadapi saban hari.Ada sahaja tugas-tugas baru yang perlu guru-guru selesaikan. Bermacam-macam tanggapan dan kata-kata yang tak berapa enak di dengar dek kerana tidak puas hati dengan pihak atasan yang menugaskan kerja-kerja baru yang kadang-kadang tu tak berkaitan dengan bidang kerja guru.Tapi harus di ingat wahai guru-guru budiman sekalian, semua kerja-kerja tersebut adalah amanah dan tanggungjawab dari Allah. Apa yang paling penting kita selalu ingat bahawa Allah takkan bagi sesuatu tanggungjawab, kuasa dan pangkat kepada kita jika kita tak mampu untuk menanggungnya.Allah itu Maha Mengatahui. Allah tahu bahawa kita mampu untuk menyelesaikan maka sebab itu lah Allah amanahkannya kepada kita.

Kesimpulannya, tak payahlah kita merungut di atas apa yang telah diberikan kepada kita.Lakukan semua kerja dan tugas itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. InsyAllah kerja yang kita lakukan tadi akan lebih berkat.Begitu juga dengan rezeki yang kita perolehi dari duit gaji untuk diberi makan isteri dan anak-anak akan lebih berkat dan diredhai Allah.:)