Tuesday, September 27, 2011

Sakit itu Penghapus Dosa

Setiap dari kita tidak usang dari melakukan dosa. Hanya Rasulullah S.A.W yang bersifat 'maksum' terhindar dari melakukan dosa. Namun yang demikian adakah kita sedar dan insaf di atas dosa yang telah kita lakukan.Memang tidak dinafikan perkara-perkara yang dilarang itu sangat enak dan senang dilakukan tetapi adakah ia akan berakhir di situ sahaja. Sudah pasti jawapannya tidak kerana kita akan ulang,ulang dan ulang sehinggalah di satu masa yang hanya kita sahaja yang boleh memberhentikannya. Mungkin di atas sebab mendapat 'hidayah' dari Allah atau mungkin kerana kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga kita insaf dan tidak mengulangi perkara tersebut. Salah satu ujian yang sering diuji oleh Allah ialah SAKIT.

Alhamdulillah sebenarnya sakit bukan hanya sekadar tubuh badan kita berasa sakit dan tidak bermaya namun yang lebih penting sakit juga adalah dugaan dan penghapus dosa-dosa kecil kita, InsyAllah. Jadi sebagai muslim yang beriman, wahai muslimin dan muslimat sekalian sabarlah apabila kamu diuji dengan ujian sakit.Terimalah ujian ini dengan tenang dan ingatlah pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi. Jangan kita cepat berputus asa dan cepat menyalahkan sesiapa sahaja kerana sebenarnya ia adalah ujian dari Allah dan kita patut bersyukur kerana Allah telah memilih kita.

No comments:

Post a Comment