Thursday, November 10, 2011

Pengalaman mematangkan fikiran


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di pagi Khamis yang cerah lagi indah, bersyukur masih dipanjangkan usia bagi menikmati hidup sebagai hamba yang sangat kerdil lagi hina ini. Kesempatan sementara yang dikurniakan ini seboleh-bolehnya dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi mencapai hidup yang diredhai dunia dan akhirat. Bagaimana untuk mencapai kehidupan yang sebegitu indah dan sempurna? Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sering kali kita impikan ketenangan dan keamanan di dalam kehidupan ini. Namun cuma segelintir dari kita yang mengambil tindakan yang sewajarnya ke arah tranformasi diri sendiri. Kesukaran untuk tidur, selera makan yang tidak menentu, tidak bersemangat untuk bekerja adalah di antara contoh gejala yang biasa kita hadapi apabila tiada ketenangan dalam diri.

Keadaan yang boleh dianggap kronik ini mestilah ditangani dengan segera dan sebaik mungkin agar ia tidak berlarutan dan membawa kesan jangka masa panjang.Bagi seseorang yang telah berumur 31 tahun contohnya. Seharusnya dia sudah boleh mengagak dan mengenalpasti apa yang dia mahukan di dalam hidup ini bagi merawat sakit kronik yang dinyatakan di atas tadi.Pengalaman hidup selama 31 tahun sepatutnya digunakan dengan optimum bagi mangatasi masalah-masalah yang sentiasa bermain di benak fikirannya. Pengalaman sepatutnya boleh mematangkan fikiran kita dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang selalu menganggu kehidupan seharian kita. Janganlah kita terlalu taksub dan ego dengan kepercayaan diri yang telah lama bersarang di dalam diri kita. Tidak salah jika kita belajar mendengar nasihat dan pandangan orang lain bagi memperbaiki diri kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa payah untuk dikunyah dan pahit untuk ditelan. Namun jika ianya boleh dan dapat membantu kita tidak salah jika kita cuba dan terus mencuba.

Saya doakan agar kita semua beroleh apa yang kita hajati dan impikan di dalam kehidupan yang amat sementara ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan dari Yang Esa dunia dan akhirat.

6 comments:

  1. pengalaman mmg mendewasakan... pengalaman jugalah yg menemukan kita....
    dgn pelbagai org....
    pelbagai ragam....

    ReplyDelete
  2. how if we meet with someone who want to take advantage on what we have?
    someone who use us?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. why u removed the comment?
    i like to know your opinion from an educator perspective?

    ReplyDelete
  5. kita kena pandai memilih kawan dan tahu mengenalpasti lawan. Jika seseorang itu sudah ke arah sebegitu berhati-hatilah.

    ReplyDelete