Saturday, June 2, 2012

Assalamualaikum, Harap semuanya sihat sejahtera. Lama jugak rasanya tidak meng 'update' blog ini. Apapun saya rasa sangat bersyukur dengan dugaan yang diberikan Allah buat ketika ini. Dah lama sangat dah Tuhan bagi sihat apa salahnya Tuhan duga dengan sakit sekali sekala. Lagipun baru sebulan menanggung sakit. Tempoh yang sangat singkat jika hendak dibandingkan dengan kesihatan yang Allah berikan sebelum ini bertahun tahun lamanya
.Sekurang kurangnya Allah masih sayang akan diriku ini. Anggaplah ia adalah satu kifarah dari Allah. Menunggu untuk menjalani pembedahan lutut disebabkan oleh ligamen ACL yang completely putus. Apapun bengkak disebabkan luka dalam lutut ni mesti sembuh terlebih dulu sebelum operation dibuat. Bersyukur walaupun tidak boleh berjalan namun masih diberi peluang untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa oleh Allah walaupun dibantu oleh isteri dan anak yang sangat rajin (Muhammad Ammar Aslah). Moga2 Allah mudahkan urusan saya dan insyAllah dapat berjalan seperti sedia kala kelak. Buat anak2 murid yang sangat disayangi, saya mintak maaf tidak dapat menjalankan tugas sebagai guru untuk membimbing kamu menghadapi UPSR 2012. Saya berdoa agar semuanya sihat dan diberikan kekuatan utuk terus berjuang dengan bersungguh-sungguh. Buat sahabat-sahabat sepengajian sarjana di UPSI, terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang diberikan khasnya bagi menyiapkan projek OOAD dan Graphic animation.Semoga Allah membalas jasa kalian dengan balasan yang berlipat kali ganda.Buat sahabat-sahabat, kawan-kawan, sesiapa yang mengenali diri ini, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas kesalahan, kesilapan yang pernah saya buat jika ada..:)