Sunday, October 25, 2009

RM500 pun jadilah!

Syukur sangat dapat jugak merasa RM500 tahun ni.Walaupun buat sesetengah orang nilai RM500 terlalu sikit tapi dari tak dapat langsung ,kan banyak tu.Barulah adil,aritu sebelum raya kumpulan sokongan dah dapat skang tibalah pulak masa kami nak merasa RM500 .Bagi mereka-mereka yang masih tak berpuas hati dan masih mengharap bonus 1 bulan,celiklah mata,bukaklah minda,lapangkan dada dan bersyukurlah kepada Tuhan dengan apa yang ada.Sekali sekala apa kata kalau kita pusing keliling kota,bandar mahupun kampung.Cuba kita tengok betul-betul.pasti akan ada keluarga yang tak berkemampuan atau miskin.Jangan kata nak dapat RM500, nak makan pun kadang-kadang susah.Jadi janganla kita taksub sangat nak dapat bonus setiap tahun.Bukan saya kata saya taknak bonus tapi bersyukur dengan apa yang kerajaan bagi.kalau sikit pun kita bersyukur,mana tahu nanti tahun depan dapat banyak pulak kan.Saya rasa bajet kali ni sangat menyeluruh dan adil buat semua.Bersyukurlah kepada ALLAH SWT..

Thursday, October 22, 2009

Menjadi ' a better man'

Untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semua segi, perkara yang paling penting ialah muhasabah diri.Dengan bermuhasabah,anda akan dapat mengenalpasti dimanakah silap anda,apa yang anda kurang, apa yang anda harus lakukan dan sebagainya.Guru contohnya,mengajar setiap hari untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berguna.Jika pelajar tidak dapat memahami pelajaran yang diajar ataupun murid semakin kurang ajar,maka secara kesimpulannya seseorang guru itu gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik.Apa yang mesti guru tadi buat, duduk sejenak,kemudian muhasabah diri di mana silapnya dia.Mungkin guru tadi terbawa-bawa dengan masalah kehidupannya ke dalam kelas sehingga menjejaskan kerjanya ataupun guru tadi mempunyai masalah lain.Ataupun dia tahu di mana silapnya tetapi dia tidak berupaya mengubahnya kerana sifat turun temurun orang melayu berada didalam benak hati dan fikirannya.Saya pasti anda tahu apakah sifat turun temurun orang melayu?jawapannya sudah pastilah malas.
Salah satu cara yang terbaik untuk anda menjadi 'a better man' ialah dengan menulis,mencoret dan meluahkan.Anda hendaklah menulis apakah kelemahan anda dengan cara yang bersungguh-sungguh.Contohnya anda malas.Anda tulis sifat malas anda itu dengan terperinci di atas kertas ataupun menaip di dalam komputer.Tulis sehingga anda rasa puas dan harapan anda seterusnya.Insyallah dengan meluahkan sebegini cara ,hati anda akan terbuka dan perlahan lahan anda akan berubah.Ini kerana sewaktu anda menulis dengan bersungguh-sungguh sebenarnya anda sedang menyuruh otak anda berfikir dan membuat perkara yang anda tidak suka tentang diri anda itu. Bila otak anda memproses apa yang anda tulis itu,ia akan meghantar isyarat ke hati seterusnya anda akan sedar dan akan berubah.

Hutang Yang Melambak


Setiap orang yang bekerja pasti akan berhutang,tidak kiralah hutang kereta,rumah mahupun pinjaman peribadi. Hutang yang melambak inilah yang selalu menghantui penghutang. Prestasi kerja semakin berkurang,susah nak tidur malam, cepat marah dan macam-macam lagi kesan dari berhutang yang melampau.Bagi kakitangan kerajaan contohnya,ada sesetengah orang berhutang sampai melebihi 60% daripada gaji yang diterima setiap bulan. Jadi setiap bulan pasti gaji tidak cukup untuk dibelanjakan sehingga akhir bulan sebelum mendapat gaji untuk bulan berikutnya.Bagi mencukupkan perbelanjaan untuk bulan itu ,maka si penghutang tadi akan terus berhutang supaya dia dapat makan,isi minyak kereta,beli susu anak dan sebagainya.Di mana dia berhutang? yang paling senang dan biasa kita dengar ialah dengan menggunakan kad kredit.Bila hutang kad kredit semakin bertambah,jadi semakin kurang lagilah gaji yang diterima setiap bulan kerana terpaksa membayar ansuran kad kredit.lama kelamaan hutang kad kredit terlampau banyak dan akhirnya individu tersebut akan diisytiharkan sebagai muflis.'title' inilah yang paling ditakuti oleh semua orang.Jangan ingat hanya ahli perniagaan sahaja yang muflis,cikgu pun boleh jadi muflis kalau tidak mengawal perbelanjaan dengan baik.
Apakah jalan penyelesaiannya? Sebagai seorang Islam,senjata kita yang paling utama ialah Doa.Doa lebih hebat,kuat dari segala senjata yang ada di atas muka bumi ini.Jadi doalah banyak-banyak.Tetapi harus diingat,doa mestilah disertakan dengan perbuatan.Bila bil kad kredit anda sudah melambung maka lebih eloklah anda berhenti dari menggunakannya.Jangan letak kad kredit anda di dalam dompet.Simpan saja di rumah.Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membayar baki hutang setiap bulan tanpa gagal.Lama kelamaan hutang tadi akan berkurang sedikit demi sedikit dan akhirnya habis jugak.Bila bakinya sudah RM0.00 maka cepat cepatlah pergi ke bank yang berkenaan dan hentikan terus perkhidmatan kad kredit anda.Dengan cara ini, hutang anda yang melambak tadi dapat dikurangkan.Ingatlah berhutang bukanlah jalan yang paling baik untuk memiliki sesuatu yang dihajati terutamanya benda-benda yang bukan keperluan tetapi lebih kepada nafsu.Seperti kata pepatah "Ukur baju dibadan sendiri".Jika kita tidak mampu memiliki sesuatu benda,janganla kita memaksa diri hingga sanggup berhutang.Muka hansem,pakaian 'branded',handfon canggih,kereta mewah tapi malangnya poket kosong,hutang banyak.Lebih baik kita jadi orang yang berhemah dalam semua segi termasuklah di dalam berbelanja.Semoga dengan membaca doa di atas hutang anda akan semakin berkurang dan hidup anda sentiasa dimudahkan oleh ALLAH S.W.T.

Koleksi Teka Teki

1.Pokok di bukit, daun dalam air.apa dia?
- teh

2.Ada seorang pemburu,dia pergi memburu harimau,dia tembak mati seekor harimau,kakinya jatuh dalam sungai,badan dia terpelanting dalam hutan,kepala dia dekat mana?
- dekat maybank

3.Dalam banyak-banyak ikan , ikan apa yang paling penyayang?
- ikan belanak (bela anak)

4.Dalam banyak-banyak kain, kain apa yang paling berat?
- kain gajah duduk

5.Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling besar?
- ikan paus celup tepung

Monday, October 19, 2009

eczema



Eczema adalah sejenis penyakit kulit alergi yang sering terjadi dan menjangkiti bayi dan kanak-kanak.Banyak faktor penyebab mengapa penyakit kulit ini menyerang bayi dan kanak-kanak.Apa yang bakal saya coretkan disini bukan lah tentang faktor penyebab penyakit ini tetapi saya ingin menceritakan pengalaman mempunyai anak yang menghidap eczema.Ia bukanlah penyakit yang sangat merbahaya tetapi jika penyakit kulit ini tidak diambil tindakan serius ia boleh merosakkan struktur kulit kanak-kanak tersebut.Putera saya yang bernama Ammar Aslah yang kini sudah menjangkau usia 1 tahun 10 bulan telah menghidapi eczema ini sejak lahir lagi.Dah banyak pakar saya dan isteri temui tetapi ammar masih gatal-gatal dan selalu menggaru dibadannya terutamanya di celah peha,ketiak,leher dan juga lengan.Eczema ini penyakit kulit yang ada waktu dan ketikanya ia menjadi teruk.Ada masa kulit ammar cantik,licin tapi dalam sebulan mesti akan ada sekali ammar akan gatal yang teramat sangat dan kulit badannya menjadi sangat teruk dan kemerah merahan.Disebabkan eczema ammar tak pernah langsung makan makanan yang berasaskan haiwan kecuali ikan sahaja.Susu pun ammar minum susu soya.Memang tiada ubat yang dapat menyembuhkan eczema sepenuhnya tapi apa yang dapat kami suami isteri lakukan ialah mengawal penyakit ini.Kesian sangat dekat ammar.Setiap malam dia akan terjaga dari tidurnya.Bukan nak minum susu tapi menggaru badan dia.Menurut doktor eczema ini akan sembuh dengan sendirinya bila seseorang kanak-kanak itu meningkat dewasa.Apa yang penting jangan biarkan kulit anak anda kering.selalulah gunakan pelembab.Dalam banyak-banyak pelembab yang kami gunakan ada satu pelembab yang sangat bagus.Dah bermacam pelembab kami gunakan tapi ia tidaklah sebaik dan sebagus pelembab Balneum.Saya tidak ada niat untuk mempromosi kan jenama ini tetapi pelembab inilah yang ammar gunakan sekarang dan eczema nya dah terkawal dan ia tidaklah seteruk sebelum ni.Mungkin Balneum ni sesuai dengan kulit ammar tapi pada saya tak rugi kalau tuan/puan mencubanya sebab Balneum hanyalah sejenis pelambab bukanlah ubat yang perlu mendapat nasihat doktor. Dan yang paling penting jangan gunakan ubat yang mempunyai kandungan steroid sebab ia bukan akan memulihkan tetapi akan menyebabkan eczema menjadi semakin teruk.Buat tuan/puan yang mempunyai anak yang menghidap eczema boleh lah kita berkongsi pendapat dan pengalaman.

Sunday, October 18, 2009

Nasib insan bergelar Cikgu

Umum mengetahui bahawa guru ialah salah satu bentuk pekerjaan yang sangat mulia di sisi agama dan masyarakat.Namun hari ini gelaran mulia itu semakin hari semakin terhakis dek kerana sikap dan keperibadian segelintir guru yang kurang bertanggungjawab.Kesan kepada kes yang terlampau sedikit ini maka guru keseluruhannya mendapat aib yang begitu besar.Bahkan ada ibu bapa khasnya di bandaraya besar sudah tidak lagi menghormati guru sebagai orang yang memberi ilmu kepada anak mereka.Mujur dan bersyukurlah masyarakat di kampung masih lagi menjunjung tinggi jasa dan bakti guru.

Pantun nasihat buat semua

Kekwa wangi di tepian kali,
Menjadi hiasan di pagi hari,
Janganlah kita lesu dan lali,
Takut nanti hilang jati diri.


Anak keli si anak tenggiri,
Diperap bersama si ikan pari,
Ilmu dan amal pendinding diri,
sebagai panduan sepanjang hari.

Saturday, October 17, 2009

Cara membuat blog

oleh hairulazhar

www.blogger.com/start

http:// - umum

https:// - security

Step 1

-isikan nama

-Setuju dengan syarat, klik

-teruskan

Step 2

-Berikan nama blog.

-Pilih template yang anda suka.

-Mulakan pemblogan

Tab Setting

1.Seterusnya anda boleh memulakan blog anda dengan menaip tajuk blog.Apabila maklumat berkaitan dengan tajuk blog sudah selesai,anda boleh la memaparkan nya sebagai satu satu tajuk dalam bleb anda.

2. Anda juga boleh memuat naik gambar dengan memilih symbol gambar semasa anda hendak menaip tajuk baru.

3.Begitu juga dengan video jika anda hendak memuat naik video.

Tab comment.

Ulasan samada sorok atau papr..kalau sorok orang tak bleh tgk ulasan kita atau di sorokkan.

Tab Archiving

nak simpan secara bulanan,mingguan ataupun lain-lain.Ia boleh di paprkan semula di dalam arkib.

Side Feed

Paparan kesemua perkara yang kita taip untup paparan full. Kalau untuk short,paparan hanya akan keluar ringkasan dan kalau none dia hanya akan keluar tajuk.

Feed burner menawarkan server untuk menyimpan blog atau catatan. Paste sahaja feed burner di post feed redirect url. Ia ibarat mnghantar surat di P.O box .Ia tidak akan memenuhkan pos box di rumah kita.

Tab Email and Mobile

Untuk memasukkan alamat emel kenalan.

Email Posting Address

Digunakan untuk membentuk group. Ada perkataan secret hanya untuk kumpulan kita sahaja.

Open ID

ID blog kita.

Tab Permissions

Anda boleh menambah pencatat supaya dia juga boleh menulis catatan.Syaratnya individu tersebut mestilah mempunyai akaun gmail.

Layout

Page Elements

Kita boleh mennukar navigation bar dibahagian edit.

Ruang pengatas (Configure header) memaparkan tajuk.

Placement

-disebalik tajuk dan keterangan.tajuk diatas dan gambar di bawah.

Add gadjet

Tambah di html/javascript

Tambah masa.Cari javascript dalam google ,copy dan paste di content.

Anda juga boleh mendapatkan contoh banner di www.123-banner.com

Tanda hati mati

Islam hari ini sudah lain dari dahulu.Bukan kerana agamanya tetapi kerana penganutnya. Saban hari ada saja muslim yang sudah tergelincir atau sudah kemalangan dari segi aqidah dan akhlaknya.Muslim hari ini lebih bersifat liberal dan ambil ringan setiap hukum Allah yang telah ditetapkan.Perilaku yang tidak senonoh serta melanggar syarak sudah tidak perlu di nyatakan lagi disini kerana semua sudah maklum keadaannya. Baik kaum adam atau hawa masing-masing 'sama naik' dalam perjuangan mereka mengejar dosa dan neraka. Ini bukan kerana tiada ilmu di dada tetapi ilmu yang berguna tidak diamalkan. Lebih menyedihkan lagi asas agama yang sangat rapuh dan tidak kuat. Cuba kita bayangkan setiap hari ada saja anak-anak dara kehilangan daranya.Ada saja mak-mak dara yang bercerai di tangan suaminya, ada saja teruna-teruna yang hilang jati dirinya.Ada saja bapa-bapa dara yang mencari perempuan sebagai mangsanya serta bermacam-macam lagi kegiatan-kegiatan yang haram tetapi barangkali sudah dinggap halal dan tidak apa saja.Itu baru saja persoalan perilaku dan perbuatan mungkar, belum lagi soal menunaikan hukum Allah seperti solat dan puasa. Solat itu tiang agama.Pencegah kepada perbuatan mungkar dan durjana.Namun kenapa muslim kita hari ini tidak langsung mengambilnya sebagai pendinding diri?Alasannya mudah saja."malaslah","kami muda lagi,nanti dah tua kami sembahyangla" dan bermacam-macam lagi alasan yang boleh dianggap alasan jahil dan jahat dari seorang yang bergelar muslim.
Segala alasan yang diberikan hanya ada satu sahaja jawapannya iaitu semuanya berbalik kepada pokok dan asas kepada semuanya iaitu soal hati. Hati ialah satu organ yang sangat besar peranannya.Bukan sahaja sebagai organ badan manusia yang penting tetapi lebih daripada itu ialah sebagai penggerak dan penjana unsur-unsur rohani dalam diri seseorang manusia itu. Hati yang baik ialah hati yang jujur,hati yang bersih,hati yang ikhlas,hati yang taat, hati yang suci,hati yang penyayang,hati yang pemurah,hati yang jernih,hati yang lapang dan bermacam-macam lagi. Manakala hati yang jahat pula ialah hati yang busuk,hati yang kotor,hati yang kejam,hati yang pendendam,hati yang rosak dan yang paling ditakuti ialah hati yang mati.
Apabila hati sudah mati maka tiada jawapan lain selain daripada ucapan selamat tinggal yang harus diberikan. Bukan selamat tinggal kepada dunia tetapi selamat tinggal kepada syurga. Sesetengah orang berasa hairan jika tiba-tiba telinganya sudah tidak dapat menerima laungan azan, mulutnya sudah tidak dapat menjawab seruan azan melainkan ada ulasan jahat disebalik laungan azan itu. Ini bermakna hatinya sudah mati. Itu adalah simptom yang paling mudah untuk kita kesan pada diri seseorang muslim itu. Nasib baik juga kalau dia berasa hairan dan terkejut. Itu tandanya masih ada harapan untuk dipulihkan tetapi jika langsung tidak ada perasaan, maka seperti tadi lah jawapannya iaitu selamat tinggal.Tanda yang kedua ialah apabila perkara-perkara baik yang sebelum ini pernah dilakukannya sudah tidak dikira baik lagi malah terus diilupakan begitu sahaja. Sebelum ini dia bersembahyang tetapi sekarang dia berasa sembahyang itu hanyalah undang-undang kecil sahaja yang tidak perlu didirikannya. Perilaku dan perbuatan jahat yang tidak bermoral sedikit demi sedikit dikatakan boleh dan halal sedangkan ia memang sudah terang terangan haram di sisi agama. Lebih tepat lagi jika disebut menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tidak dinafikan desakan dan tekanan hidup ialah salah satu puncanya tetapi semuanya berbalik kepada persoalan hati tadi. Gejala yang semakin berleluasa sekarang iaitu gejala rasuah salah satu contoh yang terdekat. Rasuah itu bukan sahaja haram tetapi jika suatu hari nanti ia tidak dibendung maka ia bakal menjadi pemusnah keseluruhan struktur pentadbiran sesebuah negara itu.Jika perkara ini terjadi maka kita sendiri fikirlah kesan dan akibatnya.
Wahai hati-hati sekalian, ingatlah siapa diri kita,ingatlah ke mana kita akan dihimpunkan supaya di hari pembalasan kelak kita akan mengucapkan Selamat datang kepada Syurga.