Friday, January 10, 2014

Anak-anak tersayang

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah mengurniakan anak-anak yang tidak ternilai harganya. Amanah yang dikurniakan Allah ini akan abah jaga dan didik sebaik mungkin dan dengan sedaya upaya abah. Setelah hampir setahun lebih tidak mengepos apa-apa di dalam blog ini, tetiba hari ni 10hb Januari 2014, tergerak hati untuk menaip sesuatu. Mungkin disebabkan perasaan yang sangat bersyukur dikurniakan anak kedua setelah 6 tahun menanti. THANK YOU ALLAH.

Ammar yang dah masuk darjah satu

Iman zara yang baru masuk 2 bulan

Abah saaaaaaaayaaaaaaaang sangat dua-dua anak abah ni. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Abah harapkan suatu hari nanti anak-anak abah ni akan dapat menjaga mama jika abah dah tak ada di dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni. Ammar dan Iman adalah amanah untuk abah dan mama. Kami akan sentiasa berikan yang terbaik untuk ammar dan iman, InsyaAllah.