Friday, December 25, 2009

Lelaki yang tak bersalah

Saya nak menceritakan cerita yang telah diceritakan kepada saya oleh Ustaz Hanafi,Guru jqaf disekolah lama saya dulu.dan mungkin jugak ramai yang dah tahu cerita suam-suam lawak ni.tetiba teringat kisah yang tak berapa nak lucu ni,jadi saya teringin nak berkongsi dengan sedara-sedari sekalian.Di zaman dahulu ada seorang raja yang sangat berkuasa,adil lagi saksama.umurnya dah semakin tua dan kesihatannya pun selalu terganggu.malangnya di takdak pewaris takhta kerajaannya memandangkan anaknya adalah seorang perempuan.Jadi fikir punya fikir,temenung punya temenung,akhirnya dia mendapat satu idea untuk mencari pewaris dia iaitu dia nak mencari suami kepada anak dara dia ni yang mana di panggil puteri si pulanah.Raja tadi akan mengadakan satu pertandingan yang sngat mencabar.bukan pertandingan makan,jauh sekali bukan jugak pertandingan siapa yang paling kacak.raja tadi mengadakan pertandingan 2 dalam satu iaitu pertandingan berenang merentasi sungai dan di masa yang sama peserta yang bertanding kena berlawan dengan makhluk ganas yang menghuni sungai tadi.

Jadi raja pun memerintahkan mamanda perdana menteri mengumumkan kepada seluruh rakyat jelata tentang pertandingan ini.Maka berpusu-pusu lah lelaki-lelaki di seluruh negeri tersebut mendaftar untuk menyertai pertandingan itu memandangkan hadiahnya yang sangat lumayan iaitu pemenang akan dikahwinkan dengan sang puteri dan dia berhak meminta apa saja yang dia mahu.Maka hari yang ditunggu tunggu telah pun tiba.berbaris lah peserta-peserta tadi di sepanjang tebing sungai untuk memulakan pertandingan.Lebar sungai ialah lebih kurang 50 meter dan di dalam sungai tadi ada kira-kira 20 ekor binatang yang sngat ganas. semua pserta telah bersedia mendengar satu das tembakan meriam menandakan bermulanya pertandingan tersebut.Tiba-tiba belum lagipun meriam tadi di tembak.ada seorang lelaki telah terjun terlebih dahulu dan dengan pantas berenang merentasi sungai tadi.semua hadirin tercengang.dan tanpa disangka-sangka dia telah sampai ke tebing sebelah sana dengan selamat tanpa sedikit pun cedera atau luka di baham binatang ganas tadi.

Apa lagi semua penonton pun bersorak lah dengan kuatnya kerana pemenangnya telah pun diketahui.Jadi melepaslah peserta lain untuk bertanding.Raja pun dengan berbesar hati memanggil lelaki tadi mengadap.tetapi yang menghairankan semua orang, lelaki tadi dengan riak wajah yang marah mengadap raja.Raja pun bertanya "wahai si polan kamu telah berjaya di dalam pertandingan ini,maka mintaklah apa sahaja yang kamu mahu dari beta,beta akan perkenankannya." si polan tadi sambil melihat lihat di sekelilingnya dan dengan nada yang marah."Tuanku, saya tak mau apa2 dari tuanku.apa yang saya mahu hanyalah tuanku tolong carikan saya siapa yang telah menolak saya tadi".Raja tadi pun tercenggang dan keliru.semua penonton ketawa dengan kuatnya.

cerita di atas adalah cerita rekaan semata-mata yang mana telah diubah suai supaya menjadi panjang.:-)

Thursday, December 24, 2009

HAVE FUN WITH ENGLISH WEEK

We, the members of ELS
Would like to invite you
To join English Language Week!

Have fun along the way!

English is nooo…fun!
English is boring!
English is tedious!
Dull!
Soul destroying!

Objection!
English is fun!
English is full of colours
Let us rise above condition
We are here with great purpose
To learn English the fun way!

Have fun with English Week!
Make your voices heard
Ringing voices, all in chorus
Speaking English words.

Experiment with English!
Play with what you say
Since English isn’t easy
Have some fun along the way!

What about Literature?
Is that Shakespeare’s middle name?
I wish they give us comic to read instead!
I would rather study Chemistry or Physics…

Wait!!
Can you love it or hate it before you know it?
Literature teaches us about ourselves!
When we read about other people’s lives,
We learn about our own!

When we read about the Drover’s Wife,
We began to appreciate our mother.
She is really strong…
I hope I grow up to be just like her….
Sonnet 18 is sooo English!
When you are in love,
Nothing can compare you to your beloved

Hmm..there are 2 sides of everything!
For us,
English is wonderful!

Speak out loudly!
Speak those words out loud!
English is wonderful!!!

Stop!
Speaking out that loudly
Just shouldn’t be allowed

And we can speak out softly
Or whisper in your ear
(half of the members turn and
whisper in each other’s ears)

No!
When you speak that softly
No one else can hear

We can speak quite rapidly
(spoken very fast)
Just like a speeding train

Or say the words quite slowly
(spoken slowly)
Just-like-a-clogged-up-drain

Have fun with English Week!
Make your voices heard
Ringing voices, all in chorus
Speaking English words.

Experiment with English!
Play with what you say
Since English isn’t easy
Have some fun along the way!
So let us lend a helping hand
Together we achieves more!
That’s what the theme is,
For English Language Week!

Wednesday, December 23, 2009

FRUITS RIDDLES

WHO AM I?


I come in to different colors – green and black.
I am small fruits with many friends in one group..




My skin is green when young and yellow when I old.
My inside is yellow with many seeds.
My size is big and long
Some time my taste is sour rather than sweet


My skin is greenish or yellowish.
My inside is yellow.
I have one big seed in the inside.
Some time my taste is sour rather than sweet.


I am black at the outside but white in the inside.
My size is small.
I grow all around Malaysia.

Tuesday, December 22, 2009

Hijrah untuk kaya

Selepas membaca buku Kuasa Hijrah Kuasa untuk berubah tulisan DMFK dan Ahmad Fadzli Yusof saya banyak berfikir dan merenung semula diri saya luar dan dalam.Banyak input dan maklumat berguna yang dapat saya pelajari khususnya bagaimana untuk berhijrah menjadi insan yang baik,lebih baik dan lebih-lebih baik.Semakin bertambah setiap hari seperti ungkapan yang sangat popular dan familiar bagi kita iaitu 'jadikan hari ini lebih baik dari kelmarin,hari esok lebih baik dari hari ini' dan hari-hari seterusnya.Nak jadi kaya juga adalah satu hijrah.Hijrah dari segi kewangan dan kedudukan.saya yakin dan percaya hampir kesemua kita mahu jadi 'orang kaya'.Bagi yang miskin mahu jadi kaya,bagi yang kaya mahu bertambah kaya dan akhirnya semakin kaya dan kaya.tetapi adakah kita sedar sebenarnya kekayaan itu hanyalah satu anugerah dari Allah kepada kita yang hanya dipinjamkan buat sementara sahaja di atas muka bumi ini.saya juga ingin menjadi kaya,menjadi jutawan tetapi adakah mahu menjadi kaya itu memerlukan keringat dan pengorbanan yang sedikit?pasti jawapannya tidak.Proses untuk berdating dan seterusnya berkahwin dengan kekayaan memang sukar dan memerlukan pengorbanan yang sangat besar dalam hidup.

Jadi saya berpendapat,sebelum mahu berhijrah menjadi kaya ada lebih baik kalau kita Hijrah di dalam diri kita dahulu.Itu adalah lebih penting dan utama.Kalau sebelum ini tak pernah jejak kaki ke surau,kita Hijrah pergi ke surau atau masjid.Kalau tak pernah bersedekah setiap hari Jumaat(sekurang kurangnya), kita Hijrah bersedekah di dalam tabung masjid.Kalau sebelum ini solat selalu 'berlubang' sana sini,kita Hijrah solat lima waktu tanpa gagal.Kalau sebelum ini selalu maki hamun orang,kita Hijrah menjadi manusia yang hanya bercakap bila perlu dan bermacam macam Hijrah lagi. Kita kena Hijrah dalam diri dulu sebelum kita Hijrah untuk pergi lebih jauh dari diri kita seperti berhijrah untuk kaya.InsyAllah kita sama-sama usahakan dan saya doakan agar Hijrah yang bakal kita buat kali ini akan berkekalan bukan sepanjang tahun tetapi sepanjang hayat.

Wednesday, December 9, 2009

Kaya dan Sihat dengan Tourmaline yang hebat dari i-intelligent


Nak kaya maila kita pakat ramai-ramai buat bisnes tourmaline flask. Badan pun sihat, poket pun lebat.Air biasa boleh bertukar menjadi penawar bermacam jenis penyakit.Insyallah dengan izin Allah. Batu permata tourmaline yang sangat hebat dan istimewa khasiat dan tenaganya dapat meneutralkan air biasa menjadi ubat untuk menyingkirkan toksin-toksin di dalam tubuh badan manusia.

Kita hanya perlu memasukkan air masak biasa di dalam flask dan di goncang.Kemudian biarkan dalam 3,4 minit kemudian di minum.Air tadi akan bertukar menjadi penawar yang bersifat alkali yang mana sangat diperlukan oleh tubuh badan kita yang sarat dipenuhi oleh asid. Sel kanser dan bermacam jenis penyakit merbahaya lain hanya dapat hidup di dalam keadaan yang berasid. Jadi jika badan kita telah dipenuhi dengan alkali maka sel kanser tadi tidak akan dapat hidup.

Mungkin tak ramai di antara kita yang mampu pergi ke Mekkah untuk meminum air Zam zam,jadi salah satu cara yang terbaik ialah dengan meminum air alkali dari tourmaline flask ni.Insyallah mudah mudahan badan kita akan sentiasa sihat dan pendapatan kita juga akan dapat bertambah. Harga sebuah Tourmaline flask hanya RM300. Pelaburan untuk kesihatan yang baik dan juga masa depan kewangan yang hebat.


Untuk keterangan lanjut,bolehlah menghubungi saya di ammarazhar09@gmail.com