Wednesday, November 30, 2011

Selamatkah transaksi internet anda?

Cam mana? Selalu buat transaksi melalui internet?transfer duit guna Mybank 2u, bayar bil guna cimb clicks?
Di zaman serba serbinya canggih manggih transaksi internet sudah menjadi biasa dikalangan kita. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa malah dapat menjimatkan duit minyak dan pening memikirkan traffic jem. Malah kadang2 berebut untuk mendapatkan parking semata mata untuk urusan yang tak sampai 15 minit. Baguskan ada kemudahan seperti ni? Tapi kita harus ingat adakah selamat transaksi sebegini? Insyallah selamat tapi kita tetap kena beringat. Seboleh bolehnya jangan gunakan wireless semasa membuat transaksi. Ini kerana wireless ini berfungsi sebagai hub kepada internet yang mana segala urusan kita itu dapat dilihat oleh orang lain kalau kena dengan cara dan kaedahnya. Cara inilah yang selalu digunakan oleh hackers untuk mencuri maklumat peribadi kita khususnya password dan username. Dengan menggunakan perisian seperti wireshark, scapy dengan sekelip mata saja password kita boleh di hacked oleh mereka. Jadi salah satu cara untuk mengurangkan peratusan di hack, gunakanlah internet yang disambung melalui cable kerana ia masih lagi berfungsi sebagai switch instead of hub macam wireless. Cara ini lebih selamat. Maybank 2u contohnya menggunakan url yang bermula dengan https instead of http macam sesetengah website lain. Jika pangkal https maka segala maklumat telah di encrypt. Jadi hackers ni pening kepala nak decrypt balik kod kod tadi. Maka ia jauh lebih selamat.
Walau apa pun transaksi yang menggunakan internet, ia tetap ada peratusan untuk di hack oleh hackers. Sebagai pengguna apa yang kita boleh buat adalah berhati2 dengan setiap transaksi yang kita buat. Jangan lupa logout bila dah masuk akaun. Kadang perkara2 sebegini kita ambil mudah tapi kesan yang bakal kita terima sangat besar. Silap aribulan abis duit dalam bank. Kalau anda betul2 nak selamat, jalan yang paling mudah cabut cable dan guna kaedah manual. Habis citer..:)

4 comments:

  1. terpaksa guna online jugak sebb transaksi yang hendak dilakukan dengan pelbagai bank.. kalau guna kaedah manual, banyak masa yang terpaksa dibazirkan... tak suka beratur.. :)

    ReplyDelete
  2. takde masalah tapi cube elakkan menggunakan wireless especially dekat kedai mamak atau tempat-tempat terbuka. sebijik2 apa yang kite tengah buat, orang lain akan dapat baca.

    ReplyDelete
  3. good info..tq bro..keep writing...

    ReplyDelete