Monday, October 24, 2011

Dugaan

Dalam hidup ni, kita takkan dapat lari dari dugaan dan cabaran hidup.Ia datang dalam pelbagai bentuk. Sebagai manusia biasa, kadang kita rasa stress yang amat sangat di sebabkan dugaan yang datang. Bukannya nak mengeluh tetapi kadang sampai tak tertahan dek kerana dugaan yang amat mencabar.Contoh yang paling dekat dengan kita dugaan dalam kehidupan seharian seperti di tempat kerja, hubungan kita dengan orang lain, dugaan dari segi kewangan, rumahtangga (jika sudah berkahwin)dan banyak lagi bentuk dugaan lain. Kesabaran dan ketenangan mungkin jalan yang terbaik untuk kita lepasi dari dugaan-dugaan tadi.Jangan kita mudah berputus asa disebabkan dugaan yang datang kepada kita. Seperti lirik lagu Insyallah, Maher zain.

"Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side"

Allah sentiasa bersama kita. Jadi disamping kita cari jalan penyelesaian kepada masalah, dugaan dan cabaran yang datang, berdoalah bersungguh-sungguh.Moga-moga kita berjaya mengatasinya dengan cara yang terbaik dan mendapat restu dari Allah. Amin..

Sunday, October 16, 2011

Al-Fatihah

Tanggal5 hb Oktober 2011 pada pukul 5.15 pagi, tokwan tersayang Hj Ali Bin Hj Said telah kembali ke pangkuan Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh.Amin. Al-fatihah.

Tuesday, October 11, 2011

Rindu

Rindu adalah satu anugerah yang Tuhan berikan kepada kita. Namun yang demikian adakah rindu kita itu kena pada tempatnya atau ia hanyalah rindu yang akhirnya akan tiris dan hilang begitu saja? Anda saja yang mampu menjawabnya..Bagi ku, aku sangat rindu akan telatah dan tingkahlaku tokwan suatu masa dulu. Kerenahnya yang kerap kali menimbulkan rasa kecik hati kerana di marahi dan kadang2 sangat menyenangkan hati kerana memberikan sesuatu yang tidak pernah ku bayangkan dalam hidup ini, kasih sayang. kasih sayang seorang datuk tetapi kini tokwan hanya mampu terbaring di atas tilam dalam keadaan yang sangat tidak sihat.Kini hanya bacaan Yassin dan ayat suci Al-Quran sahaja berkumandang di dalam rumah tokwan. Tapi aku harus terima dan redha keadaan itu kerana Allah sudah berjanji bahawa setiap yang hidup itu pasti akan kembali ke tempat asalnya dan pasti kembali kepadaNya.

Aku sangat bangga dengan kehadiran tokwan dalam hidup ini. Banyak memberikan nasihat dan pedoman tapi kadang2 rasa masih tidak cukup jasa ku kepada beliau. Aku redha dengan semua ketentuan Ilahi. Jika Allah takdirkan tokwan pergi dalam masa terdekat ini aku redha kerana aku kesian melihat keadaan tokwan begitu dan begitu juga sebaliknya jika Allah memberikan kesihatan seperti sediakala aku bersyukur kepadaNya.Pernah suatu ketika dulu ketika tok dalam keadaan yang sama aku rasa sangat berdosa kerana tidak dapat berada di sisinya sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.dan kini tokwan, insyallah aku akan cuba sedaya upaya berada di sisinya dengan membacakan ayat suci Al-Quran.Moga-moga hatinya tenang dan aman walaupun tokwan dalam keadaan yang sakit.

Aku masih ingat ketika aku ingin berangkat ke kuala lumpur untuk mengikuti matrikulasi pada tahun 1998, tokwan peluk aku sekuat-kuatnya dan menangis kerana tok baru saja pergi dan aku pula ingin meninggalkan beliau. Sepanjang jalan di dalam kereta chu aku menangis menahan sebak yang sangat mengingatkan arwah tok dan mengenangkan tokwan di rumah. dan ketika ini aku sangat sedih melihat keadaan tokwan yang terlantar sakit.Aku berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan untuk tokwan. Walaupun aku sukar untuk menzahirkan dengan perbuatan dan perkataan tapi jauh di sudut hati ini aku sangat rindu akan tokwan dan amat menyayangi tokwan.

Ingatlah wahai saudara-saudari sekalian, berbaktilah kepada mereka yang anda sayangi selagi masih sempat. Allah itu Maha Mengetahui di atas segala yang berlaku di atas muka bumi ini. Jangan menyesal di kemudian hari dan jika waktu itu terjadi maka hanyalah air mata yang bakal menjadi teman. Jika tidak dapat menzahirkan dengan perbuatan dan perkataan, cukuplah dengan menjaga hati dan berdoa untuk mereka yang anda rindukan.