Thursday, September 29, 2011

Cinta yang SATU

Cinta ibarat nadi dalam hidup manusia yang sering dipengaruhi oleh nafsu dan godaan.Tapi kadang kala cinta datang tanpa diundang jauh sekali dirancang. Kita boleh terima cinta tetapi adakah cinta itu akan kekal sebegitu sehingga akhir hayat kita. Mungkin ya mungkin tidak. Cinta suami isteri contohnya, hanya akan bertahan lama jika pasangan suami isteri tahu akan tanggungjawab dan tugas masing-masing, taat kepada Allah dan Rasul dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.Ayat "dulu lain sekarang lain" itu sering terpacul dari mulut isteri mahupun si suami kerana perubahan ketara dari segi perangai,layanan, kelakuan dan sebagainya yang mana dulunya semua indah belaka tanpa cacat cela. Bukan tidak ada pasangan yang bahgia dan aman sampai ke akhirnya tetapi kenapa lebih ramai pasangan memilih untuk berpisah dan membina haluan masing-masing.Semuanya berbalik kepada soal hati dan perasaan. Hidup mereka lebih berpaksikan kepada nafsu amarah dan dendam yang membara. Kita mesti ingat bahawa tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Hanya yang perlu ialah kesabaran dan kehendak untuk menyelesaikannya.

Walau di mana pun kita berada, apa jua keadaan kita , jika hati ini taat dan faham maksud cinta, ia akan terus subur dalam hati tanpa disuruh dan dipaksa. Ingatlah sesuatu yang jujur dan ikhlas itu pasti akan kekal subur selama-lamanya. Cinta yg SATU adalah cinta segala-galanya. Cinta kepada Yang Esa. Ia tidak akan usang, luput , hilang, terhakis, lama sampai bila-bila. Sebab itulah kita sebagai seorang muslim wajib mengenal,kasih dan sayang kepada Allah kerana cinta Allah tidak akan habis dan Allah tidak akan mengabaikan kita jika kita tulus ikhlas menyintaiNya.Tidak seperti cinta sesama manusia yang sering berubah-rubah dan kadang kala melompat dari satu tempat ke tempat yang lain hanya kerana kepentingan nafsu semata mata.

No comments:

Post a Comment