Thursday, September 29, 2011

Cinta yang SATU

Cinta ibarat nadi dalam hidup manusia yang sering dipengaruhi oleh nafsu dan godaan.Tapi kadang kala cinta datang tanpa diundang jauh sekali dirancang. Kita boleh terima cinta tetapi adakah cinta itu akan kekal sebegitu sehingga akhir hayat kita. Mungkin ya mungkin tidak. Cinta suami isteri contohnya, hanya akan bertahan lama jika pasangan suami isteri tahu akan tanggungjawab dan tugas masing-masing, taat kepada Allah dan Rasul dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.Ayat "dulu lain sekarang lain" itu sering terpacul dari mulut isteri mahupun si suami kerana perubahan ketara dari segi perangai,layanan, kelakuan dan sebagainya yang mana dulunya semua indah belaka tanpa cacat cela. Bukan tidak ada pasangan yang bahgia dan aman sampai ke akhirnya tetapi kenapa lebih ramai pasangan memilih untuk berpisah dan membina haluan masing-masing.Semuanya berbalik kepada soal hati dan perasaan. Hidup mereka lebih berpaksikan kepada nafsu amarah dan dendam yang membara. Kita mesti ingat bahawa tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Hanya yang perlu ialah kesabaran dan kehendak untuk menyelesaikannya.

Walau di mana pun kita berada, apa jua keadaan kita , jika hati ini taat dan faham maksud cinta, ia akan terus subur dalam hati tanpa disuruh dan dipaksa. Ingatlah sesuatu yang jujur dan ikhlas itu pasti akan kekal subur selama-lamanya. Cinta yg SATU adalah cinta segala-galanya. Cinta kepada Yang Esa. Ia tidak akan usang, luput , hilang, terhakis, lama sampai bila-bila. Sebab itulah kita sebagai seorang muslim wajib mengenal,kasih dan sayang kepada Allah kerana cinta Allah tidak akan habis dan Allah tidak akan mengabaikan kita jika kita tulus ikhlas menyintaiNya.Tidak seperti cinta sesama manusia yang sering berubah-rubah dan kadang kala melompat dari satu tempat ke tempat yang lain hanya kerana kepentingan nafsu semata mata.

Tuesday, September 27, 2011

Sakit itu Penghapus Dosa

Setiap dari kita tidak usang dari melakukan dosa. Hanya Rasulullah S.A.W yang bersifat 'maksum' terhindar dari melakukan dosa. Namun yang demikian adakah kita sedar dan insaf di atas dosa yang telah kita lakukan.Memang tidak dinafikan perkara-perkara yang dilarang itu sangat enak dan senang dilakukan tetapi adakah ia akan berakhir di situ sahaja. Sudah pasti jawapannya tidak kerana kita akan ulang,ulang dan ulang sehinggalah di satu masa yang hanya kita sahaja yang boleh memberhentikannya. Mungkin di atas sebab mendapat 'hidayah' dari Allah atau mungkin kerana kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga kita insaf dan tidak mengulangi perkara tersebut. Salah satu ujian yang sering diuji oleh Allah ialah SAKIT.

Alhamdulillah sebenarnya sakit bukan hanya sekadar tubuh badan kita berasa sakit dan tidak bermaya namun yang lebih penting sakit juga adalah dugaan dan penghapus dosa-dosa kecil kita, InsyAllah. Jadi sebagai muslim yang beriman, wahai muslimin dan muslimat sekalian sabarlah apabila kamu diuji dengan ujian sakit.Terimalah ujian ini dengan tenang dan ingatlah pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi. Jangan kita cepat berputus asa dan cepat menyalahkan sesiapa sahaja kerana sebenarnya ia adalah ujian dari Allah dan kita patut bersyukur kerana Allah telah memilih kita.

Beban Tugas

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tidak online tiba-tiba hari ini tergerak hati nak mencoret satu dua perenggan dalam blog ni. Teringat kata-kata seorang ustaz lama dulu berkaitan dengan beban tugas dan tanggungjawab.Sering kali guru-guru khasnya merungut tentang bebanan tugas yang mereka perlu hadapi saban hari.Ada sahaja tugas-tugas baru yang perlu guru-guru selesaikan. Bermacam-macam tanggapan dan kata-kata yang tak berapa enak di dengar dek kerana tidak puas hati dengan pihak atasan yang menugaskan kerja-kerja baru yang kadang-kadang tu tak berkaitan dengan bidang kerja guru.Tapi harus di ingat wahai guru-guru budiman sekalian, semua kerja-kerja tersebut adalah amanah dan tanggungjawab dari Allah. Apa yang paling penting kita selalu ingat bahawa Allah takkan bagi sesuatu tanggungjawab, kuasa dan pangkat kepada kita jika kita tak mampu untuk menanggungnya.Allah itu Maha Mengatahui. Allah tahu bahawa kita mampu untuk menyelesaikan maka sebab itu lah Allah amanahkannya kepada kita.

Kesimpulannya, tak payahlah kita merungut di atas apa yang telah diberikan kepada kita.Lakukan semua kerja dan tugas itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. InsyAllah kerja yang kita lakukan tadi akan lebih berkat.Begitu juga dengan rezeki yang kita perolehi dari duit gaji untuk diberi makan isteri dan anak-anak akan lebih berkat dan diredhai Allah.:)