Thursday, October 22, 2009

Menjadi ' a better man'

Untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semua segi, perkara yang paling penting ialah muhasabah diri.Dengan bermuhasabah,anda akan dapat mengenalpasti dimanakah silap anda,apa yang anda kurang, apa yang anda harus lakukan dan sebagainya.Guru contohnya,mengajar setiap hari untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berguna.Jika pelajar tidak dapat memahami pelajaran yang diajar ataupun murid semakin kurang ajar,maka secara kesimpulannya seseorang guru itu gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik.Apa yang mesti guru tadi buat, duduk sejenak,kemudian muhasabah diri di mana silapnya dia.Mungkin guru tadi terbawa-bawa dengan masalah kehidupannya ke dalam kelas sehingga menjejaskan kerjanya ataupun guru tadi mempunyai masalah lain.Ataupun dia tahu di mana silapnya tetapi dia tidak berupaya mengubahnya kerana sifat turun temurun orang melayu berada didalam benak hati dan fikirannya.Saya pasti anda tahu apakah sifat turun temurun orang melayu?jawapannya sudah pastilah malas.
Salah satu cara yang terbaik untuk anda menjadi 'a better man' ialah dengan menulis,mencoret dan meluahkan.Anda hendaklah menulis apakah kelemahan anda dengan cara yang bersungguh-sungguh.Contohnya anda malas.Anda tulis sifat malas anda itu dengan terperinci di atas kertas ataupun menaip di dalam komputer.Tulis sehingga anda rasa puas dan harapan anda seterusnya.Insyallah dengan meluahkan sebegini cara ,hati anda akan terbuka dan perlahan lahan anda akan berubah.Ini kerana sewaktu anda menulis dengan bersungguh-sungguh sebenarnya anda sedang menyuruh otak anda berfikir dan membuat perkara yang anda tidak suka tentang diri anda itu. Bila otak anda memproses apa yang anda tulis itu,ia akan meghantar isyarat ke hati seterusnya anda akan sedar dan akan berubah.

No comments:

Post a Comment