Thursday, October 22, 2009

Hutang Yang Melambak


Setiap orang yang bekerja pasti akan berhutang,tidak kiralah hutang kereta,rumah mahupun pinjaman peribadi. Hutang yang melambak inilah yang selalu menghantui penghutang. Prestasi kerja semakin berkurang,susah nak tidur malam, cepat marah dan macam-macam lagi kesan dari berhutang yang melampau.Bagi kakitangan kerajaan contohnya,ada sesetengah orang berhutang sampai melebihi 60% daripada gaji yang diterima setiap bulan. Jadi setiap bulan pasti gaji tidak cukup untuk dibelanjakan sehingga akhir bulan sebelum mendapat gaji untuk bulan berikutnya.Bagi mencukupkan perbelanjaan untuk bulan itu ,maka si penghutang tadi akan terus berhutang supaya dia dapat makan,isi minyak kereta,beli susu anak dan sebagainya.Di mana dia berhutang? yang paling senang dan biasa kita dengar ialah dengan menggunakan kad kredit.Bila hutang kad kredit semakin bertambah,jadi semakin kurang lagilah gaji yang diterima setiap bulan kerana terpaksa membayar ansuran kad kredit.lama kelamaan hutang kad kredit terlampau banyak dan akhirnya individu tersebut akan diisytiharkan sebagai muflis.'title' inilah yang paling ditakuti oleh semua orang.Jangan ingat hanya ahli perniagaan sahaja yang muflis,cikgu pun boleh jadi muflis kalau tidak mengawal perbelanjaan dengan baik.
Apakah jalan penyelesaiannya? Sebagai seorang Islam,senjata kita yang paling utama ialah Doa.Doa lebih hebat,kuat dari segala senjata yang ada di atas muka bumi ini.Jadi doalah banyak-banyak.Tetapi harus diingat,doa mestilah disertakan dengan perbuatan.Bila bil kad kredit anda sudah melambung maka lebih eloklah anda berhenti dari menggunakannya.Jangan letak kad kredit anda di dalam dompet.Simpan saja di rumah.Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membayar baki hutang setiap bulan tanpa gagal.Lama kelamaan hutang tadi akan berkurang sedikit demi sedikit dan akhirnya habis jugak.Bila bakinya sudah RM0.00 maka cepat cepatlah pergi ke bank yang berkenaan dan hentikan terus perkhidmatan kad kredit anda.Dengan cara ini, hutang anda yang melambak tadi dapat dikurangkan.Ingatlah berhutang bukanlah jalan yang paling baik untuk memiliki sesuatu yang dihajati terutamanya benda-benda yang bukan keperluan tetapi lebih kepada nafsu.Seperti kata pepatah "Ukur baju dibadan sendiri".Jika kita tidak mampu memiliki sesuatu benda,janganla kita memaksa diri hingga sanggup berhutang.Muka hansem,pakaian 'branded',handfon canggih,kereta mewah tapi malangnya poket kosong,hutang banyak.Lebih baik kita jadi orang yang berhemah dalam semua segi termasuklah di dalam berbelanja.Semoga dengan membaca doa di atas hutang anda akan semakin berkurang dan hidup anda sentiasa dimudahkan oleh ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment