Monday, October 19, 2009

eczema



Eczema adalah sejenis penyakit kulit alergi yang sering terjadi dan menjangkiti bayi dan kanak-kanak.Banyak faktor penyebab mengapa penyakit kulit ini menyerang bayi dan kanak-kanak.Apa yang bakal saya coretkan disini bukan lah tentang faktor penyebab penyakit ini tetapi saya ingin menceritakan pengalaman mempunyai anak yang menghidap eczema.Ia bukanlah penyakit yang sangat merbahaya tetapi jika penyakit kulit ini tidak diambil tindakan serius ia boleh merosakkan struktur kulit kanak-kanak tersebut.Putera saya yang bernama Ammar Aslah yang kini sudah menjangkau usia 1 tahun 10 bulan telah menghidapi eczema ini sejak lahir lagi.Dah banyak pakar saya dan isteri temui tetapi ammar masih gatal-gatal dan selalu menggaru dibadannya terutamanya di celah peha,ketiak,leher dan juga lengan.Eczema ini penyakit kulit yang ada waktu dan ketikanya ia menjadi teruk.Ada masa kulit ammar cantik,licin tapi dalam sebulan mesti akan ada sekali ammar akan gatal yang teramat sangat dan kulit badannya menjadi sangat teruk dan kemerah merahan.Disebabkan eczema ammar tak pernah langsung makan makanan yang berasaskan haiwan kecuali ikan sahaja.Susu pun ammar minum susu soya.Memang tiada ubat yang dapat menyembuhkan eczema sepenuhnya tapi apa yang dapat kami suami isteri lakukan ialah mengawal penyakit ini.Kesian sangat dekat ammar.Setiap malam dia akan terjaga dari tidurnya.Bukan nak minum susu tapi menggaru badan dia.Menurut doktor eczema ini akan sembuh dengan sendirinya bila seseorang kanak-kanak itu meningkat dewasa.Apa yang penting jangan biarkan kulit anak anda kering.selalulah gunakan pelembab.Dalam banyak-banyak pelembab yang kami gunakan ada satu pelembab yang sangat bagus.Dah bermacam pelembab kami gunakan tapi ia tidaklah sebaik dan sebagus pelembab Balneum.Saya tidak ada niat untuk mempromosi kan jenama ini tetapi pelembab inilah yang ammar gunakan sekarang dan eczema nya dah terkawal dan ia tidaklah seteruk sebelum ni.Mungkin Balneum ni sesuai dengan kulit ammar tapi pada saya tak rugi kalau tuan/puan mencubanya sebab Balneum hanyalah sejenis pelambab bukanlah ubat yang perlu mendapat nasihat doktor. Dan yang paling penting jangan gunakan ubat yang mempunyai kandungan steroid sebab ia bukan akan memulihkan tetapi akan menyebabkan eczema menjadi semakin teruk.Buat tuan/puan yang mempunyai anak yang menghidap eczema boleh lah kita berkongsi pendapat dan pengalaman.

No comments:

Post a Comment