Friday, December 25, 2009

Lelaki yang tak bersalah

Saya nak menceritakan cerita yang telah diceritakan kepada saya oleh Ustaz Hanafi,Guru jqaf disekolah lama saya dulu.dan mungkin jugak ramai yang dah tahu cerita suam-suam lawak ni.tetiba teringat kisah yang tak berapa nak lucu ni,jadi saya teringin nak berkongsi dengan sedara-sedari sekalian.Di zaman dahulu ada seorang raja yang sangat berkuasa,adil lagi saksama.umurnya dah semakin tua dan kesihatannya pun selalu terganggu.malangnya di takdak pewaris takhta kerajaannya memandangkan anaknya adalah seorang perempuan.Jadi fikir punya fikir,temenung punya temenung,akhirnya dia mendapat satu idea untuk mencari pewaris dia iaitu dia nak mencari suami kepada anak dara dia ni yang mana di panggil puteri si pulanah.Raja tadi akan mengadakan satu pertandingan yang sngat mencabar.bukan pertandingan makan,jauh sekali bukan jugak pertandingan siapa yang paling kacak.raja tadi mengadakan pertandingan 2 dalam satu iaitu pertandingan berenang merentasi sungai dan di masa yang sama peserta yang bertanding kena berlawan dengan makhluk ganas yang menghuni sungai tadi.

Jadi raja pun memerintahkan mamanda perdana menteri mengumumkan kepada seluruh rakyat jelata tentang pertandingan ini.Maka berpusu-pusu lah lelaki-lelaki di seluruh negeri tersebut mendaftar untuk menyertai pertandingan itu memandangkan hadiahnya yang sangat lumayan iaitu pemenang akan dikahwinkan dengan sang puteri dan dia berhak meminta apa saja yang dia mahu.Maka hari yang ditunggu tunggu telah pun tiba.berbaris lah peserta-peserta tadi di sepanjang tebing sungai untuk memulakan pertandingan.Lebar sungai ialah lebih kurang 50 meter dan di dalam sungai tadi ada kira-kira 20 ekor binatang yang sngat ganas. semua pserta telah bersedia mendengar satu das tembakan meriam menandakan bermulanya pertandingan tersebut.Tiba-tiba belum lagipun meriam tadi di tembak.ada seorang lelaki telah terjun terlebih dahulu dan dengan pantas berenang merentasi sungai tadi.semua hadirin tercengang.dan tanpa disangka-sangka dia telah sampai ke tebing sebelah sana dengan selamat tanpa sedikit pun cedera atau luka di baham binatang ganas tadi.

Apa lagi semua penonton pun bersorak lah dengan kuatnya kerana pemenangnya telah pun diketahui.Jadi melepaslah peserta lain untuk bertanding.Raja pun dengan berbesar hati memanggil lelaki tadi mengadap.tetapi yang menghairankan semua orang, lelaki tadi dengan riak wajah yang marah mengadap raja.Raja pun bertanya "wahai si polan kamu telah berjaya di dalam pertandingan ini,maka mintaklah apa sahaja yang kamu mahu dari beta,beta akan perkenankannya." si polan tadi sambil melihat lihat di sekelilingnya dan dengan nada yang marah."Tuanku, saya tak mau apa2 dari tuanku.apa yang saya mahu hanyalah tuanku tolong carikan saya siapa yang telah menolak saya tadi".Raja tadi pun tercenggang dan keliru.semua penonton ketawa dengan kuatnya.

cerita di atas adalah cerita rekaan semata-mata yang mana telah diubah suai supaya menjadi panjang.:-)

No comments:

Post a Comment