Tuesday, December 22, 2009

Hijrah untuk kaya

Selepas membaca buku Kuasa Hijrah Kuasa untuk berubah tulisan DMFK dan Ahmad Fadzli Yusof saya banyak berfikir dan merenung semula diri saya luar dan dalam.Banyak input dan maklumat berguna yang dapat saya pelajari khususnya bagaimana untuk berhijrah menjadi insan yang baik,lebih baik dan lebih-lebih baik.Semakin bertambah setiap hari seperti ungkapan yang sangat popular dan familiar bagi kita iaitu 'jadikan hari ini lebih baik dari kelmarin,hari esok lebih baik dari hari ini' dan hari-hari seterusnya.Nak jadi kaya juga adalah satu hijrah.Hijrah dari segi kewangan dan kedudukan.saya yakin dan percaya hampir kesemua kita mahu jadi 'orang kaya'.Bagi yang miskin mahu jadi kaya,bagi yang kaya mahu bertambah kaya dan akhirnya semakin kaya dan kaya.tetapi adakah kita sedar sebenarnya kekayaan itu hanyalah satu anugerah dari Allah kepada kita yang hanya dipinjamkan buat sementara sahaja di atas muka bumi ini.saya juga ingin menjadi kaya,menjadi jutawan tetapi adakah mahu menjadi kaya itu memerlukan keringat dan pengorbanan yang sedikit?pasti jawapannya tidak.Proses untuk berdating dan seterusnya berkahwin dengan kekayaan memang sukar dan memerlukan pengorbanan yang sangat besar dalam hidup.

Jadi saya berpendapat,sebelum mahu berhijrah menjadi kaya ada lebih baik kalau kita Hijrah di dalam diri kita dahulu.Itu adalah lebih penting dan utama.Kalau sebelum ini tak pernah jejak kaki ke surau,kita Hijrah pergi ke surau atau masjid.Kalau tak pernah bersedekah setiap hari Jumaat(sekurang kurangnya), kita Hijrah bersedekah di dalam tabung masjid.Kalau sebelum ini solat selalu 'berlubang' sana sini,kita Hijrah solat lima waktu tanpa gagal.Kalau sebelum ini selalu maki hamun orang,kita Hijrah menjadi manusia yang hanya bercakap bila perlu dan bermacam macam Hijrah lagi. Kita kena Hijrah dalam diri dulu sebelum kita Hijrah untuk pergi lebih jauh dari diri kita seperti berhijrah untuk kaya.InsyAllah kita sama-sama usahakan dan saya doakan agar Hijrah yang bakal kita buat kali ini akan berkekalan bukan sepanjang tahun tetapi sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment