Cam mana? Selalu buat transaksi melalui internet?transfer duit guna Mybank 2u, bayar bil guna cimb clicks?
Di zaman serba serbinya canggih manggih transaksi internet sudah menjadi biasa dikalangan kita. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa malah dapat menjimatkan duit minyak dan pening memikirkan traffic jem. Malah kadang2 berebut untuk mendapatkan parking semata mata untuk urusan yang tak sampai 15 minit. Baguskan ada kemudahan seperti ni? Tapi kita harus ingat adakah selamat transaksi sebegini? Insyallah selamat tapi kita tetap kena beringat. Seboleh bolehnya jangan gunakan wireless semasa membuat transaksi. Ini kerana wireless ini berfungsi sebagai hub kepada internet yang mana segala urusan kita itu dapat dilihat oleh orang lain kalau kena dengan cara dan kaedahnya. Cara inilah yang selalu digunakan oleh hackers untuk mencuri maklumat peribadi kita khususnya password dan username. Dengan menggunakan perisian seperti wireshark, scapy dengan sekelip mata saja password kita boleh di hacked oleh mereka. Jadi salah satu cara untuk mengurangkan peratusan di hack, gunakanlah internet yang disambung melalui cable kerana ia masih lagi berfungsi sebagai switch instead of hub macam wireless. Cara ini lebih selamat. Maybank 2u contohnya menggunakan url yang bermula dengan https instead of http macam sesetengah website lain. Jika pangkal https maka segala maklumat telah di encrypt. Jadi hackers ni pening kepala nak decrypt balik kod kod tadi. Maka ia jauh lebih selamat.
Walau apa pun transaksi yang menggunakan internet, ia tetap ada peratusan untuk di hack oleh hackers. Sebagai pengguna apa yang kita boleh buat adalah berhati2 dengan setiap transaksi yang kita buat. Jangan lupa logout bila dah masuk akaun. Kadang perkara2 sebegini kita ambil mudah tapi kesan yang bakal kita terima sangat besar. Silap aribulan abis duit dalam bank. Kalau anda betul2 nak selamat, jalan yang paling mudah cabut cable dan guna kaedah manual. Habis citer..:)
Wednesday, November 30, 2011
Sunday, November 13, 2011
My Precious
Thursday, November 10, 2011
Tenangkan hati dengan berzikir
Pengalaman mematangkan fikiran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Di pagi Khamis yang cerah lagi indah, bersyukur masih dipanjangkan usia bagi menikmati hidup sebagai hamba yang sangat kerdil lagi hina ini. Kesempatan sementara yang dikurniakan ini seboleh-bolehnya dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi mencapai hidup yang diredhai dunia dan akhirat. Bagaimana untuk mencapai kehidupan yang sebegitu indah dan sempurna? Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sering kali kita impikan ketenangan dan keamanan di dalam kehidupan ini. Namun cuma segelintir dari kita yang mengambil tindakan yang sewajarnya ke arah tranformasi diri sendiri. Kesukaran untuk tidur, selera makan yang tidak menentu, tidak bersemangat untuk bekerja adalah di antara contoh gejala yang biasa kita hadapi apabila tiada ketenangan dalam diri.
Keadaan yang boleh dianggap kronik ini mestilah ditangani dengan segera dan sebaik mungkin agar ia tidak berlarutan dan membawa kesan jangka masa panjang.Bagi seseorang yang telah berumur 31 tahun contohnya. Seharusnya dia sudah boleh mengagak dan mengenalpasti apa yang dia mahukan di dalam hidup ini bagi merawat sakit kronik yang dinyatakan di atas tadi.Pengalaman hidup selama 31 tahun sepatutnya digunakan dengan optimum bagi mangatasi masalah-masalah yang sentiasa bermain di benak fikirannya. Pengalaman sepatutnya boleh mematangkan fikiran kita dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang selalu menganggu kehidupan seharian kita. Janganlah kita terlalu taksub dan ego dengan kepercayaan diri yang telah lama bersarang di dalam diri kita. Tidak salah jika kita belajar mendengar nasihat dan pandangan orang lain bagi memperbaiki diri kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa payah untuk dikunyah dan pahit untuk ditelan. Namun jika ianya boleh dan dapat membantu kita tidak salah jika kita cuba dan terus mencuba.
Saya doakan agar kita semua beroleh apa yang kita hajati dan impikan di dalam kehidupan yang amat sementara ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan dari Yang Esa dunia dan akhirat.
Monday, October 24, 2011
Dugaan
Dalam hidup ni, kita takkan dapat lari dari dugaan dan cabaran hidup.Ia datang dalam pelbagai bentuk. Sebagai manusia biasa, kadang kita rasa stress yang amat sangat di sebabkan dugaan yang datang. Bukannya nak mengeluh tetapi kadang sampai tak tertahan dek kerana dugaan yang amat mencabar.Contoh yang paling dekat dengan kita dugaan dalam kehidupan seharian seperti di tempat kerja, hubungan kita dengan orang lain, dugaan dari segi kewangan, rumahtangga (jika sudah berkahwin)dan banyak lagi bentuk dugaan lain. Kesabaran dan ketenangan mungkin jalan yang terbaik untuk kita lepasi dari dugaan-dugaan tadi.Jangan kita mudah berputus asa disebabkan dugaan yang datang kepada kita. Seperti lirik lagu Insyallah, Maher zain.
"Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side"
Allah sentiasa bersama kita. Jadi disamping kita cari jalan penyelesaian kepada masalah, dugaan dan cabaran yang datang, berdoalah bersungguh-sungguh.Moga-moga kita berjaya mengatasinya dengan cara yang terbaik dan mendapat restu dari Allah. Amin..

Sunday, October 16, 2011
Al-Fatihah
Tanggal5 hb Oktober 2011 pada pukul 5.15 pagi, tokwan tersayang Hj Ali Bin Hj Said telah kembali ke pangkuan Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh.Amin. Al-fatihah.
Tuesday, October 11, 2011
Rindu
Rindu adalah satu anugerah yang Tuhan berikan kepada kita. Namun yang demikian adakah rindu kita itu kena pada tempatnya atau ia hanyalah rindu yang akhirnya akan tiris dan hilang begitu saja? Anda saja yang mampu menjawabnya..Bagi ku, aku sangat rindu akan telatah dan tingkahlaku tokwan suatu masa dulu. Kerenahnya yang kerap kali menimbulkan rasa kecik hati kerana di marahi dan kadang2 sangat menyenangkan hati kerana memberikan sesuatu yang tidak pernah ku bayangkan dalam hidup ini, kasih sayang. kasih sayang seorang datuk tetapi kini tokwan hanya mampu terbaring di atas tilam dalam keadaan yang sangat tidak sihat.Kini hanya bacaan Yassin dan ayat suci Al-Quran sahaja berkumandang di dalam rumah tokwan. Tapi aku harus terima dan redha keadaan itu kerana Allah sudah berjanji bahawa setiap yang hidup itu pasti akan kembali ke tempat asalnya dan pasti kembali kepadaNya.
Aku sangat bangga dengan kehadiran tokwan dalam hidup ini. Banyak memberikan nasihat dan pedoman tapi kadang2 rasa masih tidak cukup jasa ku kepada beliau. Aku redha dengan semua ketentuan Ilahi. Jika Allah takdirkan tokwan pergi dalam masa terdekat ini aku redha kerana aku kesian melihat keadaan tokwan begitu dan begitu juga sebaliknya jika Allah memberikan kesihatan seperti sediakala aku bersyukur kepadaNya.Pernah suatu ketika dulu ketika tok dalam keadaan yang sama aku rasa sangat berdosa kerana tidak dapat berada di sisinya sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.dan kini tokwan, insyallah aku akan cuba sedaya upaya berada di sisinya dengan membacakan ayat suci Al-Quran.Moga-moga hatinya tenang dan aman walaupun tokwan dalam keadaan yang sakit.
Aku masih ingat ketika aku ingin berangkat ke kuala lumpur untuk mengikuti matrikulasi pada tahun 1998, tokwan peluk aku sekuat-kuatnya dan menangis kerana tok baru saja pergi dan aku pula ingin meninggalkan beliau. Sepanjang jalan di dalam kereta chu aku menangis menahan sebak yang sangat mengingatkan arwah tok dan mengenangkan tokwan di rumah. dan ketika ini aku sangat sedih melihat keadaan tokwan yang terlantar sakit.Aku berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan untuk tokwan. Walaupun aku sukar untuk menzahirkan dengan perbuatan dan perkataan tapi jauh di sudut hati ini aku sangat rindu akan tokwan dan amat menyayangi tokwan.
Ingatlah wahai saudara-saudari sekalian, berbaktilah kepada mereka yang anda sayangi selagi masih sempat. Allah itu Maha Mengetahui di atas segala yang berlaku di atas muka bumi ini. Jangan menyesal di kemudian hari dan jika waktu itu terjadi maka hanyalah air mata yang bakal menjadi teman. Jika tidak dapat menzahirkan dengan perbuatan dan perkataan, cukuplah dengan menjaga hati dan berdoa untuk mereka yang anda rindukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)