Monday, February 8, 2010

Bagaimana Untuk Berubah?

Hidup ini ibarat roda,kadang di atas dan kadang di bawah tapi apa yang penting untuk menjamin kita supaya sabar dan tabah duduk di atas atau di bawah ialah sifat tidak mudah berputus asa.Tidak semua orang dapat mendidik dan mengajar dirinya supaya tidak berputus asa tapi apa yang pasti sifat itu boleh dibentuk dan diadakan.Dalam konteks pelajar-pelajar sekolah iaitu mereka memerlukann sifat ini supaya berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sehingga dapat menjejakkan kaki ke menara gading.Dalam bidang pekerjaan pula sifat ini wajib berada dalam diri seseorang individu supaya dia dapat mencapai matlamat ataupun objektif dia bekerja.

Ada orang menjadi guru hanyalah kerana terpaksa,ada orang menjadi guru kerana minatnya yang mendalam untuk mendidik anak bangsa.Walau apa jua pun matlamat dan tujuan seseorang itu dia mestilah tidak mudah berputus asa supaya dia dapat mencapai matlamat di dalam hidupnya.Bayangkanlah jika seseorang itu hanya pergi kerja dan balik kerja tanpa ada sebarang matlamat dalam hidupnya,apa akan jadi kepadanya 10 atau 20 tahun akan datang?jawapannya dia akan tetap berada di takuk atau tahap yang sama.Kalau dulu dia kuli maka hari ini dan selamanya dia akan jadi kuli.Tetapi kalau seseorang itu ada matlamat dan pelan jangka panjang dalam hidupnya di baja pula dengan sifat tidak mudah berputus asa maka hari ini akan jadi lebih baik dari dulunya dan masa hadapan akan lebih baik dari hari ini.Bercakap memang mudah tapi nak menjalankannya memang payah.Tidak semua orang yang berjaya mencapainya.Bagaimana nak mencapainya?jawapanya hanya ada dalam diri tuan-tuan.Kalau mahu berubah berubah sekarang.

kalau mahu berjaya mula dari sekarang supaya kita dapat menempah kejayaan di masa hadapan.Dulu kita kuli,hari ini kita supervisor kelak kita akan jadi manager.Insyallah mula lah dari sekarang.Buang sifat negatif seperti malas,penat,bosan dan sebagainya yang sudah lama berakar umbi dalam lubuk minda dan hati kita supaya suatu hari nanti kita bakal menjadi seorang yang berjaya.Amin..

No comments:

Post a Comment