Monday, February 8, 2010

Bukan Semua orang boleh berjaya dalam MLM

Sebelum saya mencoretkan sedikit pengalaman saya berkenaan MLM terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika kenyataan saya ini bercanggah ataupun mengundang tidak setuju dari saudara saudari.

Bukan semua orang dilahirkan untuk berjaya dalam Multi Level Marketing(MLM).MLM memerlukan kita untuk sangat berdedikasi,tabah,tidak putus asa dan istiqamah.Kalau kita ada semua sifat itu maka Insyallah kita akan berjaya.Saya pernah masuk bermacam jenis MLM tapi malangnya belum satu pun yang berjaya melekat dan meletup.Keinginan untuk berjaya sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan usaha.Jangan cepat terpengaruh dengan kejayaan orang lain sedangkan kita tidak ada kebolehan untuk buat sepertinya.

Tips yang paling penting untuk menentukan kejayaan menceburi MLM ialah tanya diri anda dahulu.Adakah anda boleh dan mampu melakukannya ataupun hanya mengikut orang.Selalunya mereka-mereka yang berjaya dan menjadi jutawan hasil dari MLM ialah orang yang hebat dan juga berbakat.Mereka memiliki semua sifat terbaik yang mendorong mereka untuk berjaya.

Tips yang kedua untuk menceburi MLM ialah masuk MLM yang berada di dalam lingkungan kerja dan kebolehan anda.Jika anda seorang doktor ada baiknya ada masuk MLM yang banyak menjual ubat atau supplement.Orang akan mudah tertarik untuk mengikut anda kerana kepakaran anda dalam bidang tersebut.Bayangkan jika anda seorang doktor tetapi anda menjual baju atau minyak enjin.Adakah orang akan percayakan cakap anda?mungkin tidak.Contoh seterusnya anda seorang guru tetapi anda menceburi MLM yang menjual penapis air.Adakah ia kepakaran anda?sudah pastinya tidak tapi kalau anda menceburi Score A, anda mungkin berjaya kerana ia berkaitan pekerjaan dan kepakaran anda yang mana anda melakukannya setiap hari.Namun yang demikian tidak semestinya anda tidak boleh berjaya jika anda menceburi MLM yang bukan di dalam kepakaran anda.Anda masih boleh berjaya tetapi usaha anda mestilah dua kali ganda dari MLM yang di dalam kepakaran anda.

Semoga 2 tips yang biasa ini akan memberikan anda secubit panduan di dalam menceburi perniagaan MLM ini.

No comments:

Post a Comment